Sila lah click kalau anda baik

Thursday, March 22, 2018

PAM MINYAK MALAYSIA

Petronas. Petron. Shell. Caltex. BH Petrol. Antara pam minyak yang top kat Malaysia. Siapa kekadang yang walaupun isyarat minyak dah berkelip kelip sanggup hold sampai jumpa pam minyak favorite korang? Definitely, not me! Tak sanggup den nak amik risiko haha

Bagi aku, minyak semua sahaja kat mana mana pam minyak. Apa yang membezakan setiap pam minyak adalah kelebihan yang ditawarkan. Mostly semua stesyen minyak dah ada membership card. Setiap kali isi minyak, customers akan dapat point dan boleh redeem bergantung pada apa yang ditawarkan oleh pihak pam minyak. Macam aku, aku ade semua membership card pam minyak sebab nak sign up free jeh uolls so nak singgah mana mana pam minyak steady jeww

Tolak point berkaitan minyak and membership card, nih personal view kalau bab stesyen minyak;

Petronas - kalau bab tandas dan surau memang pilihan aku petronas sebab paling selesa antara pam minyak stesyen yang lain. Telekung kat sini setakat nih yang aku pergi semua wangi wangi jeh takde bau 10tahun terkepam hihi so kalau keluar naik motor manalah kita nak bawak telekung sekali kan space terhad so aku suka singgah surau petronas sebab memang selesa :)

Shell - kalau jalan jauh mesti korang suka beli makanan ringan kat pam minyak kan? kalau aku, aku suka singgah shell sebab dorang ada deli2go dan costa coffee.   

Sumber gambar dari google


 Nak guna mesin costa nih kena guna credit/debit card. Yang masih trauma dengan RM200 dihold guna debit card di pam minyak jangan risau costa coffee machine tak jahat macam tuh haha selamat jeh digunakan. Machine costa nih ada cold drink and hot drink, ikut suka tekak korang nak yang mana. Kalau taktahu nak guna, akak abang shell ada sedia membantu untuk beri tunjuk ajar. Dulu memula aku memang tak tahu nak guna machine nih tetapi lelama jadi legend click click skrahhh pap pap siappp hehe favorite aku chocolate caramel ice

Shell deli2go section


Nih tempat favorite saya :) nampak tak belah kiri tuh ada steam machine. Haa dalam tuh ada roti and sausage pelbagai flavor. Pastuh sebelah tuh ada pelbagai pilihan topping; chili sauce, tomato sauce, mustard, mayonnaise etc.  okay memula amik bekas - amik roti - amik sausage - curah topping - pergi kaunter - bayar - siap! Sedapppp makan sausage bun nih dalam masih panas lagi sebab roti pun lembut jeh baru lepas disteam. Aku kalau tengah kat highway jumpa shell time hujan memang menyinggah sini. Dalam shell nih ade tempat khas boleh duduk, tempat charger pun ada sediakan

Shell date dengan nan :)
Bila kat highway, ade certain tempat tuh mesti ada berderet pam minyak. kekadang tuh aku rajin jeh nak singgah 2 3 pam minyak yang mememenuhi kehendak (petronas- surau & tandas, shell - deli2go & costa coffee) haha sebenarnya ada jugak certain pam minyak yang ade mini fast food macam dunkin donuts, starbuck, kfc, mcdonalds dll apa pun semua bergantung pada selera masa tuh hehe

Nih aku share ape yang aku lalui ape yang aku suka. Korang pulak macam mana? Meh lah sharee

Tuesday, March 13, 2018

RM200 DIHOLD GUNA DEBIT CARD DI PAM MINYAK

Satu jeh nak cakap, MENYESAL! Disebabkan malas nak berjalan ke kaunter. Disebabkan isi minyak kereta dengan nilai hanya RM13. Disebabkan cashless.

Top 4 favorite station minyak  :)

Siapa pernah nak isi minyak menggunakan debit card kat terminal kad pam minyak tapi tak boleh? Mungkin baki akaun anda kurang dari RM200. Anda bernasib baik.

Siapa pernah nak isi minyak menggunakan debit card kat terminal kad pam minyak tapi boleh?
Tahniah! Mungkin baki akaun anda lebih dari RM200 sebab tuh transaction berjaya. TETAPI, RM200 anda akan dihold!

Terkejut tak? Wehhh gila tak terkejut puas jugak aku fikir mana pergi RM200 aku tetiba hilang nihh. So aku pun google and google nahhh sekarang aku dah tahu apa punca nye. Mungkin orang lain dah lama tahu tapi mungkin ade jugak yang baru tahu macam aku nih menggelebah jugak lah jadi nye kan

::: Penjelasan kenapa RM200 dihold (sumber The Vocket) :::

  • Bagi setiap transaksi yang digunakan pada terminal kad di mesin petrol, terminal tersebut akan terus memohon untuk ‘HOLD’ amaun sebanyak RM200 dari akaun bank anda, walau berapa pun jumlah yang anda isikan.
  • Contohnya, anda hanya mengisi petrol sebanyak RM50 untuk kereta anda menggunakan kad debit, amaun sebanyak RM200 akan terus dipegang atau dalam terminologi perbankan tadi, ‘HOLD’ oleh pihak bank anda.
  • Amaun itu akan dipegang sehingga pihak stesen petrol tadi membuat permohonan penjelasan kredit dari pihak bank. Maknanya, jika pihak stesen hanya membuat permohonan sebulan sekali, amaun RM200 itu akan dipegang sepanjang tempoh tersebut.
  • Setelah pihak stesen petrol membuat permohonan penjelasan kredit, barulah pihak bank akan menjelaskan pembayaran mengikut jumlah sebenar yang dimohon oleh pihak stesen petrol. Baki dari jumlah RM200 yang dipegang itu, akan dipulangkan semula ke dalam akaun pelanggan tadi.

Yang buat aku terkilan sangat nih sebab kan hal nih lah auto debit PTPTN aku tak berjaya! Ughh sedih jugak lah hati nih bila fikirkan balik. Masa isi minyak hari tuh kemain happy transaction berjaya lalalalaa girang di hati tak payah berjalan ke kaunter tapi sekarang? hahaha tepuk dahi jeh lah kita tapi apa yang berlaku nih series ade hikmah. Move on and lets see the bigger picture. 

Okay sekarang dah tahu, so no more next time! Tapi sebenarnya boleh jeh nak guna debit card tuh tapi guna kat kaunter bayaran dalam stesyen minyak nanti dia akan tolak amaun yang kita guna sahaja. Lebih selamat dan mudah :)

UPDATE: Baki dari Rm200 yang dihold tuh dah dipulangkan ke dalam akaun saya :) Yayyyyyy! Isi kat Shell pada 09/03/2018, 13/03/2018 dah dikreditkan semula dalam masa 5 hari jeh okay lah dah happy balik nih hehe

Monday, March 12, 2018

TSHIRT MURAH DI SHAH ALAM

Siapa yang nak buat event mesti akan terfikir soal baju kan? Family day, rewang, konvoi, seminar, marathon mostly orang akan set up 1 design baju. Bukan ape, sebabkan baju nih lah semangat nak join even tuh berkobar kobar tau. Sebagai kenangan pun ye :) Bende berkait bila nak buat nih mesti lah DUIT. Kalau boleh nak yang murah kan? Servis cepat, kualiti okay dll kan? Haa sama lah dengan ape yang aku fikirkan masa nak survey untuk tshirt rewang. Cari punya cari, ada lah jumpa beberapa supplier. After compare and shortlist, aku decide nak pilih 1 kedai nih kat Seksyen 7, Shah Alam.

Okay, let me introduce to all of you............... AE CREATIVE STUDIO

 

 Antara sebab utama aku decide nak guna khidmat AE:

⇒ Harga yang berbaloi baloi. Makin banyak kau beli, makin murah! 

      Promosi tshirt + 1 colour printing (1 side):
  • RM10.00 /pcs (30pcs)
  • RM9.50 /pcs (50pcs)
  • RM8.50 /pcs (100pcs)

⇒ Lokasi yang dekat. Senang nak collect, jimat duit pos!
     
     Alamat: No.23A, Jalan Kristal L7/L Seksyen 7 40000 Shah Alam, Malaysia
     Landmark: atas restaurant Willy Satay

⇒ Cepat. Yes, memang cepat tak sampai seminggu dah siap pedehal majlis lama lagi huahua

⇒ Senang berurusan. Yang nih pun penting wehh sebab aku nih dah lah sibuk kerja mane ade mase nak runner sana sini set banyak appointment so semua urusan hanya melalui whatsapp. Tapi yelah sebelum berurusan ade sekali tuh aku pergi dia punya kedai nak cek kualiti baju and nak meyakinkan hati nih. Lepas jeh balik dari kedai tuh, terus deal! Hati nih dah yakin 200% nak amik service dorang. Yang nak dapatkan keyakinan 200% macam aku jugak nih waktu operasi dorang

    Waktu operasi: Isnin - Jumaat (10.00 am - 9.00 pm)

Kedai nih memang bukak weekdays jeh. No weekend. Say no work on weekend yeehaaa (pedehal sabtu aku kerja! Nasib baik half day! haha) And, make sure before nak datang tuh set appointment dulu. Memudahkan for both (you & AE)

⇒ Pilihan size. Sebenarnye, tak banyak kedai printing baju yang ade size untuk budak kecik. Tapi AE nih ade, tuh yang aku makin suka. Baju start dari budak umur 2 tahun sampai lah saiz manusia yang sebesar besar alam huahua

Okay now jom check it out lawatan sambil belajar aku kat AE hari tuh, 

Tuk tuk Assalamualaikum :) alahai sejuk perut mak dia ngandungkan dia

Baju dalam proses pengeringan 

Lepas lawatan, terus bincang design

Akak nih sabar jeh layan aku songeh nak itu ini ahaha

Okay menggeletar nih kak nak huluq duit kuikui
Ada yang request nak tengok design baju rewang aku macam mana eh eh eh nanti dulu yee lepas kan majlis baru boleh reveal yee hehe so stay update hokayy? 

 Ada yang tanye jugak nih semua paid review ke. Jawapan nye, bukan. Nih semua pengalaman aku sendiri saje nak share melalui blog yang tak seberapa nak ada nih hehe aku enjoy sharing, hangpa enjoy reading jeh lah ye? Simple as that :)



Thursday, March 8, 2018

QIDOT CAFE, SIJANGKANG

Alalaaaa kesian dia muka merah merah. Lapar? Nak makan? Jum kita makan kat Qidot Cafe, okay? Ahahahahahahaaa #bukanawekcendoi

Qidot Cafe *from official facebook*
Qidot Cafe *from official facebook*
Qidot Cafe *from official facebook*

Siapa yang stay area Sijangkang, Kebun Baharu, Telok Panglima Garang mesti dah familiar sgt  dengan cafe nih. Kalau lalu jalan Klang-Banting mesti akan perasan Qidot cafe nih yang terletak di area Kampung Medan. Tepi jalan jeh. Tak tipu, mmg rase wowww sangat dengan dekorasi luar dan dalam. Modern and minimalis! Kalau tak silap, belakang cafe nih ada homestay. Siapa yang teringin berstay kat home situ boleh lah pi merisik khabar





Ramai yang ingat cafe nih hanya serve Western food jeh yelah nampak macam kedai mahal jeh kan haha so cliche! Sebenarnya bukan setakat Western Foods jeh, Korean food and Malay food pun ade tauuuu tuh haa menu pi lah jenguk memane yang berkenan dengan selera masing masing. Harga pun standard lah untuk jenis kedai macam nih, tak mahal tak murah gittewww

Okay, dah sampai cafe nih nati boleh terus masuk and duduk kat meja yang anda berkenan. Nak tepi tingkap ke kat tengah ke nak hadap tv ke nak hadap cashier eh suka hati hang lah kan haha Setiap meja dah ade disediakan menu. So sila belek belek menu and pilih makanan yang anda terliur. Then lepas dah decide nak makan apa nak minum apa, boleh straight pergi ke kaunter and order. Bawak duit sekali tau sebab cafe nih amalkan konsep order-bayar dan baru makanan akan di serve. Settle bayar, anda akan diberi nombor untuk dipacak kan di meja so nati senang lah nati waiter tuh nak hantar makanan, tengok jeh kat nombor yang terpacak atas meja tuhh

The most awaiting moments................ foods being served!!

Classic Chicken Burger
Grilled Lamb

Grilled Chicken

Beef Pepperoni Pizza

Jjajangmyeon fried chicken feat Nasi ayam butter


Terliuq dak hampa? Hahahahahaa taknak cakap banyak pi lah terjah saneeeeee kihkih memang puas hati wukeyy siapa nak buat surprise birthday ke anniversary ke memang sesuai sangat sebab sebelah cafe nih ada satu tempat private untuk event. Kita dah repeat banyak kali pi cafe nih tauu

Friends for foods. Sesama gemoks haha
2016; mss birthday celebration

Nahh sedikit info:

Contact number: 03 3122 8066 / 013 336 8688
Waze: QIDOT
IG & FB : @qidotcafe

Saturday, January 6, 2018

POLPERRO STEAK HOUSE, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Siapa yang biasa lalu Seksyen 7, Shah Alam area tasik tuh mesti akan perasaan satu corner restaurant nih selalu full house bila malam. Polperro Steak House. Mesti akan tertanya tanya ada ape lah yang ramai sangat orang kat sini. Kan? So tak payah tertanya tanya lagi, jummm terjah


Aku sampai sini dalam pukul 8.20 malam, tuh pun dah crowded. Nasib baik ada lah 3 ke 4 meja yang kosong. Lambat sikit memang akan masuk waiting list kuikui okay dah duduk, waiter pun laju jeh buat kerja dia hantar menu. Tak payah lah kita duk melilau lilau terpanggil panggil waiter. Pekerja kat sini memang cekap dan pantas buat kerja.

Menu
Menu
Banyak pilihan yang ada. Menu semua Western-based. Yang nak tomyam seafood lah siakap 5 rasa lah kangkung goreng belacan kurang masin lah sorry ye harap maaf memang takde kak >.< Kat sini semua tekak omputih hihi sementara tunggu makanan kita siap, kalau dah rasa lapar makan lah dulu otak otak yang disediakan. Bukan free yee, tapi kena bayar bergantung berapa yang kita makan


Okay makanan dah sampaii wuuu looks yummy haa memang yummy punnn

Chicken Chop Combo | RM14.90
T-bone Steak | RM21.90

Untuk beef steak, t-bone steak nih paling lembut daging nya. Senang nak dipotong, senang nak dikunyah, senang nak dingap. Recommended untuk beef-lovers. Harga pun affordable lah. Untuk yang nak menyinggah kat sini yang tekak tetiba mengidam Western food kan haa nih info:

Alamat: No 24, Jalan AR7/AR, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor (boleh waze, lagi sonang!)

Waktu operasi: Monday to Thursday (5PM - 12AM) Friday to Sunday (5AM -1.30AM)

Untuk yang buat reservation: 03 5523 6679