Sila lah click kalau anda baik

Saturday, January 6, 2018

POLPERRO STEAK HOUSE, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Siapa yang biasa lalu Seksyen 7, Shah Alam area tasik tuh mesti akan perasaan satu corner restaurant nih selalu full house bila malam. Polperro Steak House. Mesti akan tertanya tanya ada ape lah yang ramai sangat orang kat sini. Kan? So tak payah tertanya tanya lagi, jummm terjah


Aku sampai sini dalam pukul 8.20 malam, tuh pun dah crowded. Nasib baik ada lah 3 ke 4 meja yang kosong. Lambat sikit memang akan masuk waiting list kuikui okay dah duduk, waiter pun laju jeh buat kerja dia hantar menu. Tak payah lah kita duk melilau lilau terpanggil panggil waiter. Pekerja kat sini memang cekap dan pantas buat kerja.

Menu
Menu
Banyak pilihan yang ada. Menu semua Western-based. Yang nak tomyam seafood lah siakap 5 rasa lah kangkung goreng belacan kurang masin lah sorry ye harap maaf memang takde kak >.< Kat sini semua tekak omputih hihi sementara tunggu makanan kita siap, kalau dah rasa lapar makan lah dulu otak otak yang disediakan. Bukan free yee, tapi kena bayar bergantung berapa yang kita makan


Okay makanan dah sampaii wuuu looks yummy haa memang yummy punnn

Chicken Chop Combo | RM14.90
T-bone Steak | RM21.90

Untuk beef steak, t-bone steak nih paling lembut daging nya. Senang nak dipotong, senang nak dikunyah, senang nak dingap. Recommended untuk beef-lovers. Harga pun affordable lah. Untuk yang nak menyinggah kat sini yang tekak tetiba mengidam Western food kan haa nih info:

Alamat: No 24, Jalan AR7/AR, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor (boleh waze, lagi sonang!)

Waktu operasi: Monday to Thursday (5PM - 12AM) Friday to Sunday (5AM -1.30AM)

Untuk yang buat reservation: 03 5523 6679



No comments:

Post a Comment