Sila lah click kalau anda baik

Thursday, March 22, 2018

PAM MINYAK MALAYSIA

Petronas. Petron. Shell. Caltex. BH Petrol. Antara pam minyak yang top kat Malaysia. Siapa kekadang yang walaupun isyarat minyak dah berkelip kelip sanggup hold sampai jumpa pam minyak favorite korang? Definitely, not me! Tak sanggup den nak amik risiko haha

Bagi aku, minyak semua sahaja kat mana mana pam minyak. Apa yang membezakan setiap pam minyak adalah kelebihan yang ditawarkan. Mostly semua stesyen minyak dah ada membership card. Setiap kali isi minyak, customers akan dapat point dan boleh redeem bergantung pada apa yang ditawarkan oleh pihak pam minyak. Macam aku, aku ade semua membership card pam minyak sebab nak sign up free jeh uolls so nak singgah mana mana pam minyak steady jeww

Tolak point berkaitan minyak and membership card, nih personal view kalau bab stesyen minyak;

Petronas - kalau bab tandas dan surau memang pilihan aku petronas sebab paling selesa antara pam minyak stesyen yang lain. Telekung kat sini setakat nih yang aku pergi semua wangi wangi jeh takde bau 10tahun terkepam hihi so kalau keluar naik motor manalah kita nak bawak telekung sekali kan space terhad so aku suka singgah surau petronas sebab memang selesa :)

Shell - kalau jalan jauh mesti korang suka beli makanan ringan kat pam minyak kan? kalau aku, aku suka singgah shell sebab dorang ada deli2go dan costa coffee.   

Sumber gambar dari google


 Nak guna mesin costa nih kena guna credit/debit card. Yang masih trauma dengan RM200 dihold guna debit card di pam minyak jangan risau costa coffee machine tak jahat macam tuh haha selamat jeh digunakan. Machine costa nih ada cold drink and hot drink, ikut suka tekak korang nak yang mana. Kalau taktahu nak guna, akak abang shell ada sedia membantu untuk beri tunjuk ajar. Dulu memula aku memang tak tahu nak guna machine nih tetapi lelama jadi legend click click skrahhh pap pap siappp hehe favorite aku chocolate caramel ice

Shell deli2go section


Nih tempat favorite saya :) nampak tak belah kiri tuh ada steam machine. Haa dalam tuh ada roti and sausage pelbagai flavor. Pastuh sebelah tuh ada pelbagai pilihan topping; chili sauce, tomato sauce, mustard, mayonnaise etc.  okay memula amik bekas - amik roti - amik sausage - curah topping - pergi kaunter - bayar - siap! Sedapppp makan sausage bun nih dalam masih panas lagi sebab roti pun lembut jeh baru lepas disteam. Aku kalau tengah kat highway jumpa shell time hujan memang menyinggah sini. Dalam shell nih ade tempat khas boleh duduk, tempat charger pun ada sediakan

Shell date dengan nan :)
Bila kat highway, ade certain tempat tuh mesti ada berderet pam minyak. kekadang tuh aku rajin jeh nak singgah 2 3 pam minyak yang mememenuhi kehendak (petronas- surau & tandas, shell - deli2go & costa coffee) haha sebenarnya ada jugak certain pam minyak yang ade mini fast food macam dunkin donuts, starbuck, kfc, mcdonalds dll apa pun semua bergantung pada selera masa tuh hehe

Nih aku share ape yang aku lalui ape yang aku suka. Korang pulak macam mana? Meh lah sharee

No comments:

Post a Comment