Sila lah click kalau anda baik

Friday, December 29, 2017

HOW TO ORDER STARBUCKS BEVERAGES FOR NEWBIE

Sebenarnya ramai jeh yang belum pernah minum Starbucks. Bukan sebab tak minat tapi tak reti order. Kan? Contohnya macam aku hahaha so nak dijadikan cerita aku dapat 4 baucar petronas dan semuanya diskaun untuk starbucks beverages 

Setiap RM20 isi minyak, dapat 1 baucar. Isi RM80, so dapat 4 baucar
Okay gigih lah aku tanya kat sepupu cara nak order. Baik malu dengan sepupu dari malu tercongok lama kat depan kaunter tak tahu nak order ape kan? Haha aku pun ada buat research sikit sikit haa tuh yang aku nak share kat sini. Thread kat twitter by @myjoe_ moga membantu;


Some extra tips:




Contoh cara order bila dah confident nak bertentang mata dengan barista:


Baucar Petronas yang aku dapat tuh memang khas untuk Frappuccino so here my first try


Green tea flavor
P/s: Post ini tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau mati jauh sekali nak menyokong pihak pihak yang berkenaan.

Tuesday, December 26, 2017

BODY SENSE SPA, KLANG

Dah hujung tahun memang banyak sale sana sini. Sampai juling juling mata kita tengok haha

So bila takde kerja, kita cari kerja. Kerja kita godek godek website 11street pastuh jeng jeng jenggggg



Treatment 3 hours worth RM322.00 for RM35.00 only?! 89% off?! Is this real? Is this really happening? Yes guys. IT. IS. REAL. Okay they did their job, so lets do our job. Click buy now click checkout now and straight to payment. DONE. 

Next step is booking. Sabar betul dorang nih layan aku yang asyik tukar tukar tarikh hihi dorang akan sentiasa update and remind kita untuk appointment so kita tak boleh lah acah acah lupa haha

Body Sense; 3 hours Full Body Oil Massage, Sauna and Face Spa 
  • 60 mins Full body oil massage - bila urut bahagian bahu, terus tukang urut tuh cakap otot bahagian sini keras mesti kerja office lah nih hadap computer jeh hihi betul sangat lah tuh peace yaww 
  • 30 mins Relaxing sauna - hasil peluh dia macam sebaldi, keluar bilik sauna rasa macam dah hilang 10kg 
  • 30 mins Ginger tummy massage - flat tummy alerts 
  • 60 mins Face Spa - seronok sampai rasa nak tertidur 
Registration
Bilik urut *gambar dari google*
Overall, it is really worth for every cent spent. Spa nih pun banyak terima positive feedback dari customers. Kalau tak percaya jugak boleh usha link nih Body Sense Spa. Sedikit info untuk yang berminat nak berkunjung ke spa nih; 


Address: No. 5 Lorong Batu Nilam 21B, 41200 Bukit Tinggi Klang, Selangor. 

Contact number: 03-3319 2050 / 018-375 7669

Business hour: Mon – Fri: 10.30am – 8.30pm / Sat: 10am - 6pm / Sun: 10am - 4pm 

Wednesday, December 20, 2017

SPA UNTUK LELAKI: SADO MEN SPA, BUKIT TINGGI KLANG

"Spa takde khas untuk lelaki ke" "Kan best kalau ade spa khas untuk lelaki"

Bila ajak  tunang teman pergi spa, itu lah selalu ayat ayat yang keluar dari mulut dia. Kesian pulak asyik kita yang perempuan jeh yang selalu pergi spa. Lelaki pun mestilah nak manjakan badan dorang jugak kan? So google punye google, tadaaaaaaaaaaa


Sado Men Spa nih ada 4 cawangan: Klang, Petaling Jaya, Setapak, Pandan Indah. Korang boleh lah ajak bestfriend / boyfriend / fiance / husband / male family members ke cawangan yang berdekatan korang sebab series memang money-worth! Sebelum datang, seeloknya booking dulu untuk dapat advance priority. Dont worry, boleh jeh booking by whatsapp. Fast & easy. 

Teh sebagai salam perkenalan hihi

Bakal abang sado isi guestbook
Laluan ke syurga eh salah laluan ke bilik urut haha
Bilik urut




Bilik sauna 
Ruangan tandas pun cantik
Nama pun spa untuk lelaki, akak akak jangan risau tukang urut semua lelaki. Staff dorang nih memang peramah so tak bosan lah kita nih menunggu. Untuk maklumat lanjut boleh lah usha usha:

Facebook: Sadomen Spa Klang

Sadomen spa memang terbaik 

Wednesday, November 22, 2017

MSS & NAJ | Engagement Day

Alhamdulillah, 30.06.2017 officially engaged with fiance, mss. Second step closer hihi 

Ramai yang tertanya tanya kenapa pilih tarikh nih. Actually, tarikh tuh tarikh kitorang couple time zaman monyet monyet dulu tuh 30.06.2009 hihi so tarikh nih bermakna bagi kitorang. Sorry ye mak abah keluarga and semua penat raya tak hilang dan bersambung dengan penat majlis nih tapi alaaa orang kata ape tuh sekali jalan kannnn hihi 

So here some pictures to be shared;










ROAD TRIP TO MELAKA

     Memang dah jadi kewajipan setiap hari ahad, aku dan encik tunang (mss) akan luangkan masa as quality time together. WAJIB. Haha so setiap ahad kitorang kena plan aktiviti itu ini sampai kekadang dah takde idea. Dan tetibe tengah malam ahad tuh mss cadangkan nak pergi Melaka. So here we goooooooooo

Plan awal nak gerak pukul 6 pagi yee sebab balik hari kan so kena lah gerak seawal mungkin. Tapi nama pun bangsa melayu so kita ikut adat melayu lah ye. Janji pukul 6, kita gerak pukul 8.30 aha steaaaady. Alhamdulillah perjalan mengambil masa dalam 2 jam plus plus maka 11.30 am dah jejak kan kaki di Bandar Bersejarah, Melaka. 

Nih second time pergi Melaka. First time dulu masa rombongan sekolah menengah, 8 tahun yang lepas > < Melaka nih pulak negeri ketiga kitorang jejak dalam sejarah perhubungan kitorang berdua. Ecewahhh haha so sampai sampai jeh terus excited nak naik beca. Banyak jenis design beca yang ada; minion, hello kitty, ben10, frozen. Kalau aku dah excited, bebudak lagi laah excited nak naik kan? 

Beca minion - Full tour : RM50

Restauran Asam Pedas JR. Berhadapan dengan Menara Taming Sari 





River Cruise : RM15.90








Melaka is a worth trip. Tak puas sebenarnya pergi sehari jeh. Next time memang akan datang lagi hihi a well spent sunday (19/11/2017) Thank you mss :)

Tuesday, May 9, 2017

KEREPEK PISANG RANGUP NGUP NGUP

Alkisahnya, dah seminggu dok usha usha pokok pisang tanduk abah nak buat kerepek. Dah mention kat abah yang kita dah aim pokok pisang tanduk tuh nak buat kerepek hehe Abah pun seminggu nih dok tanya bila lah kita nak buat kerepek pisang nya tuh so here we goooooo

Bahan bahan:
  • Pisang tanduk (6 - 7 biji) 
  • 2 sudu garam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Air
  • Daun kari
  • Minyak masak
  • Pisau penyagat
Cara cara:
  1. Kupas kulit pisang  *jangan kupas terlalu banyak - pisang cepat lebam*
  2. Panaskan minyak di dalam kuali 
  3. Bila minyak sudah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali 
  4. Sesekali kacau pisang ketika menggoreng *untuk elak melekat &  untuk pastikan kerepek masak sama rata*
  5. Selepas 5-7 minit, tahap di mana kerepek sudah 3/4 masak renjiskan campuran air garam + serbuk kunyit 
  6. Masukkan daun kari *kerepek akan bau lagi wangi*
  7. Tos dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara
  8. Siap!
Pisang tanduk fresh dari pokok
Daun kari & campuran garam + serbuk kunyit + air
Proses menggoreng pisang
Kerepek yang dah siap goreng & tos
Kerepek dalam bekas kedap udara
Untuk first time buat nih, macam macam bentuk ada haha so lepas nih nak kena asah bakat menyagat. Sebenarnya, tak rugi tau bila kita berbudi kat tanah, hasil nya kita boleh kongsi rasa bersama. Lagi pun, pisang nih bukan saja boleh dijadikan kerepek, malah pengat, bubur, kek pun boleh tauu - tapi depend jenis pisang jugak lah. Okay so kepada newbie kerepek pisang yang lain, boleh lah try buat mana tahu boleh dijadikan bisnes, kan? haa selamat mencuba!