Memang dah jadi kewajipan setiap hari ahad, aku dan encik tunang (mss) akan luangkan masa as quality time together. WAJIB. Haha so setiap ahad kitorang kena plan aktiviti itu ini sampai kekadang dah takde idea. Dan tetibe tengah malam ahad tuh mss cadangkan nak pergi Melaka. So here we goooooooooo
Plan awal nak gerak pukul 6 pagi yee sebab balik hari kan so kena lah gerak seawal mungkin. Tapi nama pun bangsa melayu so kita ikut adat melayu lah ye. Janji pukul 6, kita gerak pukul 8.30 aha steaaaady. Alhamdulillah perjalan mengambil masa dalam 2 jam plus plus maka 11.30 am dah jejak kan kaki di Bandar Bersejarah, Melaka.
Nih second time pergi Melaka. First time dulu masa rombongan sekolah menengah, 8 tahun yang lepas > < Melaka nih pulak negeri ketiga kitorang jejak dalam sejarah perhubungan kitorang berdua. Ecewahhh haha so sampai sampai jeh terus excited nak naik beca. Banyak jenis design beca yang ada; minion, hello kitty, ben10, frozen. Kalau aku dah excited, bebudak lagi laah excited nak naik kan?
|
Beca minion - Full tour : RM50 |
|
Restauran Asam Pedas JR. Berhadapan dengan Menara Taming Sari |
|
River Cruise : RM15.90 |
Melaka is a worth trip. Tak puas sebenarnya pergi sehari jeh. Next time memang akan datang lagi hihi a well spent sunday (19/11/2017) Thank you mss :)