Sila lah click kalau anda baik

Tuesday, May 9, 2017

KEREPEK PISANG RANGUP NGUP NGUP

Alkisahnya, dah seminggu dok usha usha pokok pisang tanduk abah nak buat kerepek. Dah mention kat abah yang kita dah aim pokok pisang tanduk tuh nak buat kerepek hehe Abah pun seminggu nih dok tanya bila lah kita nak buat kerepek pisang nya tuh so here we goooooo

Bahan bahan:
  • Pisang tanduk (6 - 7 biji) 
  • 2 sudu garam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Air
  • Daun kari
  • Minyak masak
  • Pisau penyagat
Cara cara:
  1. Kupas kulit pisang  *jangan kupas terlalu banyak - pisang cepat lebam*
  2. Panaskan minyak di dalam kuali 
  3. Bila minyak sudah cukup panas, sagat pisang terus ke dalam kuali 
  4. Sesekali kacau pisang ketika menggoreng *untuk elak melekat &  untuk pastikan kerepek masak sama rata*
  5. Selepas 5-7 minit, tahap di mana kerepek sudah 3/4 masak renjiskan campuran air garam + serbuk kunyit 
  6. Masukkan daun kari *kerepek akan bau lagi wangi*
  7. Tos dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara
  8. Siap!
Pisang tanduk fresh dari pokok
Daun kari & campuran garam + serbuk kunyit + air
Proses menggoreng pisang
Kerepek yang dah siap goreng & tos
Kerepek dalam bekas kedap udara
Untuk first time buat nih, macam macam bentuk ada haha so lepas nih nak kena asah bakat menyagat. Sebenarnya, tak rugi tau bila kita berbudi kat tanah, hasil nya kita boleh kongsi rasa bersama. Lagi pun, pisang nih bukan saja boleh dijadikan kerepek, malah pengat, bubur, kek pun boleh tauu - tapi depend jenis pisang jugak lah. Okay so kepada newbie kerepek pisang yang lain, boleh lah try buat mana tahu boleh dijadikan bisnes, kan? haa selamat mencuba!